Penyinaran nyahkuman ultraungu
Penyinaran nyahkuman ultraungu

Penyinaran nyahkuman ultraungu

Penyinaran nyahkuman ultraungu (PNUV) ialah teknik pembasmian kuman menggunakan cahaya ultraungu (UV), terutamanya UV-C (180-280 nm), untuk membunuh atau menyahaktifkan mikroorganisma. PNUV menyahaktifkan mikrob secara utamanya melalui perosakan bahan genetik mikrob tersebut, dan dengan itu menghalang keupayaan mikrob itu untuk menjalankan fungsi vitalnya.[1]Penggunaan PNUV meluas ke pelbagai aplikasi, merangkumi pembasmian kuman makanan, permukaan, udara dan air. Peranti-peranti PNUV berupaya untuk menyahaktifkan mikroorganisma yang termasuk bakteria, virus, kulat, kulapuk dan patogen-patogen lain.[2][3] Kajian terbaru telah membuktikan keupayaan cahaya UV-C untuk menyahaktifkan SARS-CoV-2, yakni strain koronavirus yang menyebabkan COVID-19.[4][5][6][7][8][9]Jarak gelombang UV-C menunjukkan pelbagai keberkesanan nyahkuman serta kesan-kesan pada tisu biologi.[9][10][11] Banyak lampu nyahkuman seperti lampu merkuri bertekanan rendah (LP-Hg), dengan pelepasan puncak lebih kurang pada 254 nm, mengandungi panjang gelombang UV yang boleh membahayakan manusia.[12][13] Akibatnya, sistem PNUV telah dihadkan penggunaannya terutamanya apabila orang ramai tidak terdedah secara langsung, yang termasuklah pembasmian kuman pada lantai hospital, UVGI bilik atas dan rawatan air.[14][15][16] Kebelakangan ini pula, penggunaan panjang gelombang antara 200-235 nm, sering dirujuk sebagai UVC-jauh, telah mendapat daya tarikan untuk pembasmian kuman pada permukaan dan udara.[11][17][18] Panjang gelombang ini dianggap lebih selamat kerana pengurangan signifikan terhadap penembusan ke dalam tisu manusia.[19][20][21][22]Perlu diingatkan bahawa, cahaya UV-C hampir tiada dalam cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi disebabkan oleh sifat penyerapan lapisan ozon dalam atmosfera.[23]